|
Halaman Utama |
Order
Syarat
dan Terma Pakej Web Jualan
Sila fahamkan syarat
dan terma Pakej Web Jualan dibawah. Dengan membuat
pembelian Pakej Web Jualan, ini bererti anda telah
mematuhi dan menyetujui syarat & terma yang telah
ditetapkan.
Pakej Web Jualan
Pakej web jualan
mengandungi 10 Panduan ASAS teknik dan cara membina
sebuah laman web jualan (minisite).
Harga tetap Pakej
Web Jualan adalah RM57.00. Namun, jika terdapat
sebarang aktiviti promosi, harga ini mungkin berubah
mengikut promosi yang dilakukan.
Pakej Web Jualan
hanya boleh diperolehi menerusi
http://www.WebJualan.com atau daripada senarai
agen reseller yang sah seperti yang tersenarai di
http://www.WebJualan.com/reseller
Segala bonus
istimewa yang ditawarkan adalah TIDAK TERMASUK dalam
Pakej Web Jualan. Ianya adalah sampingan sahaja dan
mungkin boleh hilang pada bila - bila masa sahaja.
Pembeli SAH Pakej
Web Jualan layak menerima sebarang kemaskini produk
dan tambahan bonus pada masa - masa akan datang
secara PERCUMA.
Pakej Web Jualan
adalah produk berbayar dan terkandung HAK CIPTA.
Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah
dilarang sama sekali. Pengguna yang mendapatkan
pakej web jualan secara tidak sah akan dikenakan
tindakan tegas berdasarkan undang - undang Malaysia.
Pembeli Pakej Web
Jualan
Setiap pembeli
adalah terikat dengan peraturan yang telah
ditetapkan pada halaman ini serta pada setiap
panduan Pakej Web Jualan.
Pembayaran hendaklah
dilakukan dengan jumlah harga yang tepat.
Pembeli adalah
DILARANG menyebarkan Pakej Web Jualan secara haram
sama ada menjualnya semula atau menyebarkannya
secara percuma dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa
kebenaran daripada pihak WebJualan.com
Pembeli haruslah
memberikan butiran lengkap yang diminta ketika
membuat pembelian Pakej Web Jualan sebagai rujukan
kami. Butiran yang dikirimkan adalah selamat serta
terpelihara bersama kami.
Setiap informasi /
link download / Produk / Bonus yang ditawarkan
adalah hak milik pembeli seorang sahaja dan tidak
dibenarkan dikongsikan bersama pihak lain. Kegagalan
berbuat demikian akan menyebabkan hak pembeli hilang
sama sekali.
Pembeli akan
menerima setiap updates Pakej Web Jualan keluaran
WebJualan.com menerusi email yang terkirim
berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan ketika
pengesahan pembelian.
Pembeli layak
menerima Support / Bantuan khas daripada
WebJualan.com berdasarkan panduan yang telah
disediakan sahaja.
Hak Istimewa pembeli
akan terbatal sama sekali jika melanggar mana - mana
syarat yang telah ditetapkan oleh WebJualan.com
Hak Cipta Pakej
Web Jualan
Pakej Web Jualan adalah
produk yang dibangunkan oleh WebJualan.com dan mempunyai
hak cipta terpelihara.
Pakej Web Jualan harus
dibeli daripada pemilik asal ataupun daripada agen
reseller yang sah seperti yang tersenarai di
http://www.WebJualan.com/reseller.
Pakej Web Jualan tidak
dibenarkan disebar secara percuma dalam apa jua keadaan
sekalipun.
Tiada mana - mana
bahagian dibenarkan disalin, dicetak, ditiru dalam apa
jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran daripada
penulis.
Jaminan Pulangan
Wang
Setiap pembeli berhak
mendapatkan pulangan wang kembali dalam tempoh 14
hari selepas pembelian NAMUN perlu besertakan
beberapa syarat dibawah.
- Telah mencuba
segala teknik dan panduan yang diberikan dengan
bersungguh - sungguh pada Pakej Web Jualan yang
dibeli.
- Membuktikan usaha
yang dilakukan menerusi laman web yang dibuat.
- Memadam / delete
kesemua file Pakej Web Jualan termasuk Bonus - Bonus
Percuma yang diperolehi dari komputer pembeli.
Wang akan dikembalikan
dalam tempoh 7 Hari selepas pembeli telah mengikut
syarat yang ditetapkan diatas dengan membuat pengesahan
kepada pihak WebJualan.com
Penafian
Panduan yang diberikan
adalah berdasarkan pengalaman penulis semata - mata
dalam bidang yang disertai. Panduan ini berkemungkinan
TIDAK SESUAI untuk digunakan oleh sesetengah pihak.
Segala usaha telah
dilaksanakan untuk memastikan panduan yang diberikan
adalah tepat semasa dihasilkan NAMUN disebabkan oleh
informasi bertukar dengan pantas, mungkin sesetengah
tips atau teknik yang diajar tidak lagi bersesuaian
untuk digunapakai pada masa hadapan.
Tidak ada jaminan yang
diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam
buku panduan ini adalah tepat dan lengkap selamanya.
Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya
tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan,
liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang
berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku
panduan ini, secara langsung atau tidak langsung.
Bantuan & Support hanya
diberikan berdasarkan panduan yang telah disediakan.
Lain - lain bantuan yang diminta akan dikenakan caj
tambahan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.
Informasi yang
diberikan pada halaman web ini mungkin akan berubah -
ubah TANPA pemberitahuan awal. Segala yang terkandung
pada ketika ini adalah harus dipatuhi sebagai pengguna
Pakej Web Jualan.
Halaman
Utama | Testimonial | Order |
Syarat & Terma |
Contact Us
|